Tuesday, December 22, 2009

7 PETANDA ANDA SEDANG DILAMUN CINTA

( quick entry.. ditulis 2 minit selepas bangun tidur )


Petanda 1
Anda dah jarang gila lepak dengan member.


Petanda 2
Kalau anda LELAKI, badan anda besar, bisep anda seperti lembu, muka anda ganas macam taiko, tapi anda MENANGIS depan skype sebab awek anda merajuk.

Kalau anda PEREMPUAN, anda baje sosial, bajet rock, tapi kena bagi laporan aktiviti harian (termasuklah makan dengan siapa, berapa ketul ayam yang anep makan, etc)kepada balak anda.


Petanda 3
Jika diambil 10 minit dari hidup anda, 9 minit dihabiskan dengan skype/ym/sms/call/etc dengan pasangan anda.


Petanda 4
Kalau pasangan anda lambat telefon/balas sms/tak online skype, anda merajuk tahap dewa.


Petanda 5
Bila Lloyds TSB (nama bank) hantar penyata akaun, 60% duit anda habis untuk beli hadiah2 di UK yang pasangan anda mintak, 20% habis untuk kos pos barang2 tersebut ke Malaysia, 10% habis untuk beli topup, dan baki 10% untuk kes2 kecemasan (pasangan merajuk tiba2, etc)


Petanda 6
Peratus anda nak bercakap dengan awek2/balak2 UK kurang kerana anda takut pasangan anda YANG BERADA DI MALAYSIA cemburu.


Petanda 7
Yang paling ultimate sekali, anda dikatakan sah sedang dilamun cinta apabila anda dan pasangan anda menjadi TOPIK HANGAT KUTUKAN semua orang.


ANDA DILAMUN CINTA??

Sunday, September 6, 2009

FILE CASE 303 (LUMBA HARAM DI BULAN PUASA)

Masa : 2.45 pm (on da way nk pergi gym)

Lokasi : Jalan Kluang, Batu Pahat (bukak la google earth)


Aku tengah driving sorang2. Biase la, mak bagi kereta. Aku buat la cam kereta mak bapak aku. Selit sana, masuk sini, cilok sana, kona sini, sampailah aku di traffic light Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor. Dari jauh aku tengok lampu kuning menyala. Bajet cam nak kejar, tapi kang kalau tak sempat tak pasal2 cium bontot lori. Takpelah.. Aku stop..

Jalan tu ada 3 lane. Aku ambik lane paling kiri sebab aku nk terus. Sambil layan lagu Sean Kingston kat Hitz.fm, aku aku duk geledah beg. Nak carik glove aku. Naseb baek jumpa. Aku ingat tertinggal kat rumah.. Naseb baek..huhu

Tak lama selepas tu, nak dijadikan cerita, ada la sebijik Vios nie stop btol2 kat sbelah aku. Vios latest edition. Gear manual. Kilat lagi. Rasenye macam kereta baru. Plat “W”.. Minah yg bawak. Ada 3 orang. 2 hot, sorang lagi bleh tahan laa (sempat lagi nak usha awek.. cam sial..haha).. Nak dijadikan cerita, minah yang duduk seat sebelah driver toleh kat aku. Aku senyum jelah. Gentleman la katakan. Tapi yang aku tak puas hati, die cakap apa tah ngan membe2 die, pastu bantai gelak kat aku ramai2.. Cam #@%&*$@!!! (Astagfirullah..).. Pastu, siap ram minyak lg!!! (kereta Vios manual) Waaaaahh!! Cik adik!! Lu dh melampau!! Dah la bawak kereta peluk stereng!! hahaha.. Tapi takpe. Disebabkan aku nie seorang yang sabar, ko tunggu jelah nasib ko..


Lampu merah tinggal 5 saat...

4...

3...

2...

1...

HIJAU!!!


Minah Vios masuk gear 1!!!

Tekan minyak!!!

Dan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!












MATI ENJIN.. hahahahahahahahahahahahahahahahaha