Sunday, July 12, 2009

MANSUH PPSMI.. KORANG PASTI KE??

Akhirnya PPSMI dimansuhkan.. dan aku koyak gle ngan keputusan neh..

Terdapat segelintir masyarakat kat Malaysia ni yang amat alergik dengan benda baru. Tak boleh terima perubahan langsung. Pantang ada benda baru, pantang susah sikit, terus diorang cakap TIDAK!! Inilah antara ciri-ciri mentaliti dunia ke-3. Cuma satu soalan aku nak tanya kat mereka-mereka yg bersunguh-sungguh menolak PPSMI – korang pernah pandang benda ni dari sudut positif tak??

Antara hujah-hujah golongan ini adalah :

1. PPSMI MENGGUGAT KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI - aku nak tergelak bila dengar diorang cakap camni. PPSMI takdenye nak gugat BM sebagai bahasa rasmi Malaysia. Penggunaan BI dalam PPSMI kan hanya termaktub kepada proses pembelajaran Sains dan Matematik jek. Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi pula adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Takde kaitan la dua-dua isu ni. Jadi, ini semua BOHONG!!

2. PERATUS MURID GAGAL DALAM SAINS DAN MATEMATIK MENINGKAT KERANA MURID TIDAK MENGUASAI BI DENGAN BAIK - yang ni aku agak setuju la.memang salah satu masalah para pelajar sekarang adalah tidak dapat menguasai BI dengan baik. Tapi ini tak bermaksud yang PPSMI mesti dimansuhkan. Masalah utama disini adalah tidak dapat menguasai BI dengan baik. Jadi, buatlah sesuatu yang dapat membantu para pelajar menguasai BI. Bukannya mansuhkan PPSMI. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Murid lemah BI, kita ajar Sains dan Matematik guna BM. Dah tu sampai bila murid tu nak pandai BI??

Ni yang aku sempat cari kat internet laa.. banyak lagi sebenarnya tapi ni la antara sebab utama kenapa diorang mansuh PPSMI..


Bagi aku pula, antara kebaikan PPSMI adalah :

1. Kat sekolah kita belajar subjek-subjek Sains dan Matematik (Fizik, Kimia, Akaun, etc) dalam BM. Istilah-istilah penting sume korang tau versi BM jek. Pastu bila masuk matrik atau universiti, belajar dalam BI. Korang tak rasa pelik ke? Asas dalam BM, belajar dalam BI. Macam nak buat rumah batu tapi asas papan. Agak-agaknya boleh ke rumah tu berdiri tegak? Aku bagi satu contoh la. Kat sekolah cikgu fizik ajar guna BM - tekanan, laju, pecutan. Tapi bila masuk matrik, kena belajar dalam BI. Camne? Korang tau ke istilah-istilah tu dalam BI? Nak buat direct-translation? Buka kamus? Dapatlah tekanan = tension, laju = fast, pecutan = sprint. Rasa-rasanya berapa pointer korang hujung sem? Nak cecah 1.0 pun susah.

2. Aku tahu BM ni bahasa nombor satu kat Malaysia. Yang ni aku tahu. BI pula bahasa nombor dua di Malaysia. Tapi kita kena ingat. Dunia mengiktiraf BI sebagai bahasa utama dunia. Jadi, kalau kita nak melahirkan bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing dan bertaraf dunia, Bahasa Inggeris adalah perlu. Tak payah la berangan-angan nak bersaing secara global sekiranya penguasaan Bahasa Inggeris kita lemah. Aku bagi contoh yang paling dekat dan siknifikan kepada rakyat Malaysia. Semasa Tunku Abdul Rahman dan rombongannya pergi London dan berbincang dengan British tentang kemerdekaan Tanah Melayu, bahasa apakah yang beliau gunakan? Semasa artis Malaysia buat persembahan kat UK, bahasa apa yang diorang guna? Semasa Datuk Seri Najib menerima panggilan telefon daripada Barrack Obama, diorang borak guna bahasa apa? Jangan cakap korang tak tau. Aku bukannya prejudis terhadap BM. Tidak sama sekali. Aku sayang bahasa aku. Aku pun hari-hari guna BM. Nak ayat awek pun guna BM. Nak maki orang pun guna BM. Siap dapat A1 BM masa SPM. Cuma apa yang aku cuba sampaikan, betapa pentingnya kita menguasai BI. tak payah la takut blaja BI. Takde nye korang pandai BI terus jadi mat ngan minah salleh. Kalau dah Melayu tu, Melayu gak. Kalau dah bontot hitam tu, hitam la jugak. (cikguenglishaku, 2006)


Ni apa yang aku fikir laa.. Pendapat peribadi aku.. Korang??






Saturday, July 11, 2009

-THINKING THINKER-

pelik kn nama blog aku neh??

yang sebenarnye..
aku buat blog neh saje suke2..
nak post idea2 aku..
supaya aku berfikir..
n aku nak ajak korang sume sama2 berfikir..
fikir jelah pape..
sebab otak kalau tak digunakan nanti berkarat..
so..

korang fikir la sendiri.. (nabil, 2008)