( quick entry.. ditulis 2 minit selepas bangun tidur )
Petanda 1
Anda dah jarang gila lepak dengan member.
Petanda 2
Kalau anda LELAKI, badan anda besar, bisep anda seperti lembu, muka anda ganas macam taiko, tapi anda MENANGIS depan skype sebab awek anda merajuk.
Kalau anda PEREMPUAN, anda baje sosial, bajet rock, tapi kena bagi laporan aktiviti harian (termasuklah makan dengan siapa, berapa ketul ayam yang anep makan, etc)kepada balak anda.
Petanda 3
Jika diambil 10 minit dari hidup anda, 9 minit dihabiskan dengan skype/ym/sms/call/etc dengan pasangan anda.
Petanda 4
Kalau pasangan anda lambat telefon/balas sms/tak online skype, anda merajuk tahap dewa.
Petanda 5
Bila Lloyds TSB (nama bank) hantar penyata akaun, 60% duit anda habis untuk beli hadiah2 di UK yang pasangan anda mintak, 20% habis untuk kos pos barang2 tersebut ke Malaysia, 10% habis untuk beli topup, dan baki 10% untuk kes2 kecemasan (pasangan merajuk tiba2, etc)
Petanda 6
Peratus anda nak bercakap dengan awek2/balak2 UK kurang kerana anda takut pasangan anda YANG BERADA DI MALAYSIA cemburu.
Petanda 7
Yang paling ultimate sekali, anda dikatakan sah sedang dilamun cinta apabila anda dan pasangan anda menjadi TOPIK HANGAT KUTUKAN semua orang.
ANDA DILAMUN CINTA??
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)