Tuesday, January 19, 2010

APABILA TUHAN YANG SATU, DIDUAKAN...

(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah)


Dekat Malaysia, orang Islam tengah gempar!! Kononnya orang Kristian telah mencemarkan kesucian Islam sebab guna Allah sebagai Tuhan mereka. Aku taknak cakap banyak sebab aku tak arif pasal agama. Aku pun masih belajar. Tapi, untuk renungan bersama, korang bacalah link dibawah:

- klik sini -


Untuk entri kali ni, aku nak cakap sikit jek. Kalau panjang-panjang korang bukannya nak baca pun..haha


1. Orang Kristian nak guna Allah sebagai Tuhan, kita marah. Tapi bila umat Islam sendiri yang taknak mengaku Allah sebagai Tuhan, apa cerita??

2. Kita sibuk2 bakar gereja orang, tapi masjid dan surau sendiri tak pernah nak jenguk..

3. Orang kita semangat buat demonstrasi bila kerajaan nak pindahkan kuil, tapi bila minta derma buat masjid, semua lari..

4. Kita asyik kondem 'mereka' sebab banyak sangat kitab, tak tau mana yang betul, tapi kita tak sedar, kitab kita yang satu tu bila nak sentuh??

5. Kita kutuk Kristian sebab sembahyang sambil menyanyi, kutuk India sembahyang bawa kavadi, kutuk Cina sembahyang bakar lidi, TAPI KITA NI BILA NAK SUJUD MENYEMBAH ILAHI??



aqimussolah...

Saturday, January 16, 2010

PEREMPUAN, KAHWIN, DAN . . .

( apabila perempuan bercakap tentang rumah tangga )

Aku malas nak cakap banyak.. Korang baca jelah..


PEREMPUAN NAK KAHWIN AWAL.

Kebanyakkan perempuan yang aku kenal semuanya nak kahwin awal. Paling lambat pun umur 25 tahun. Memanglah bagus, tapi yang jadi masalahnya kalau bakal suami sebaya or lebih muda. Kenapa? Tengok kira-kira matematik di bawah ini...

Katakanlah korang nak kahwin umur 25 (baru 2 tahun kerja).. Gaji starting RM2000 (Estimate, dan para guru jangan lupa, PPSMI dah takde. Banyak elaun nak kena tarik)

RM2000 x 24 bulan = RM48000


Belanja bulanan:

1. Makan minum = RM300 x 24 bulan = RM 7200

2. Rumah + bil api, air, elektrik, handphone = RM 300 x 24 = RM7200

3. Kereta/motor, melainkan anda sanggup jalan kaki pergi kerja = RM 500 x 24 = RM 12000

4. Duit nak tanggung mak bapak (perempuan tak wajib sebab mak bapak BAWAH TANGGUNGAN ANAK LELAKI) = RM 300 x 24 = RM 7200


Jadi, jumlah simpanan lelaki untuk 2 tahun adalah:

RM 48000 - ( RM 7200 + RM 7200 + RM 12000 + RM 7200 ) = RM 14400


Baki untuk kahwin tinggal RM 14400

Mas kahwin pihak perempuan minta = RM 10000

Tinggal RM 4400

Hantaran?? Nak LV, DG, GUCCI, La Senza...

Kenduri kahwin?? Cukup ke RM 4400?? Kalau kenduri arwah cukup laa..

Kesimpulannya, duit tak cukup. Jadi, penyelesaian utama adalah pinjam dari KOPERASI GURU.. dan sampai anak 2 pun belum habis bayar lagi...



HARAM BAGI SUAMI MENGAMBIL WANG ISTERI

Ada orang cakap, wang isteri adalah hak isteri. Suami tak boleh kacau. Jadi, aku pun nak sarankan kepada para suami, TUNTUT HAK ANDA!!!


Hak-hak suami:

1. Duit suami, hak suami - kereta beli sendiri, rumah bayar kongsi, makan bayar sendiri, etc

2. Hak sebagai ketua keluarga - dihormati, bukan queen control.. Suami cakap tak boleh keluar rumah, isteri kena patuh.. Suami cakap, jangan melawan..

3. Hak batiniah (paham2 lah) - kalau isteri menolak tanpa sebab, malaikat tak lindungi korang tau..

4. HAK BERPOLIGAMI (tak payah nak terangkan kot.. semua dah paham)


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka)[290]. wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.


(p/s: ni semua point yang berdasarkan agama.. bukan rekaan aku sendiri)


Rujukan tambahan

http://reveriemalaya.blogspot.com/






Saturday, January 2, 2010

MARI MENGIRA

( cerita tentang orang UK yang bodoh mengira )

Hari rabu lepas, aku pergi tengok wayang dengan 2 orang kawan.. Disebabkan ada 3 orang, so kitorang pun belilah 3 tiket. 2 tiket beli guna orange wednesday ( 2 tickets for the price of 1 ) and satu lagi tiket guna student price..

Harga 1 tiket adalah GBP 7.10..

Harga tiket student price adalah GBP 5.75

So, kira-kiranya adalah:

Orange Wednesday ( 2 tickets for the price of 1 ) = GBP 7.10
1 x student price ticket = GBP 5.75

Total = GBP12.85

Betul?? ada sesiapa yang tak puas hati??

Tetapi, bila kitorang nak bayar, nak tau pe orang kat kaunter tu cakap??

Penjual tiket : So, 2 tickets using Orange Wednesday and 1 student ticket.. Right?
Kitorang : Yup!! How much??
Penjual tiket : It would be GBP 14.20..
Kitorang : ??????
Penjual tiket : In other way, you are paying for 2 adults, and the student is free..blah.. blah.. blah


Disebabkan ramai orang, kitorang bayar jelah.. tp pastu kitorang pergi tanya kat kaunter lain.. tgh duk tanya2, tiba2 penjual tiket tadi dtg kat kitorg.. siap explain2 lg ngan suara yang amat menjengkelkan, pastu blah ngan muka yang tak puas hati..


APAKAH???