Tuesday, January 19, 2010

APABILA TUHAN YANG SATU, DIDUAKAN...

(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah)


Dekat Malaysia, orang Islam tengah gempar!! Kononnya orang Kristian telah mencemarkan kesucian Islam sebab guna Allah sebagai Tuhan mereka. Aku taknak cakap banyak sebab aku tak arif pasal agama. Aku pun masih belajar. Tapi, untuk renungan bersama, korang bacalah link dibawah:

- klik sini -


Untuk entri kali ni, aku nak cakap sikit jek. Kalau panjang-panjang korang bukannya nak baca pun..haha


1. Orang Kristian nak guna Allah sebagai Tuhan, kita marah. Tapi bila umat Islam sendiri yang taknak mengaku Allah sebagai Tuhan, apa cerita??

2. Kita sibuk2 bakar gereja orang, tapi masjid dan surau sendiri tak pernah nak jenguk..

3. Orang kita semangat buat demonstrasi bila kerajaan nak pindahkan kuil, tapi bila minta derma buat masjid, semua lari..

4. Kita asyik kondem 'mereka' sebab banyak sangat kitab, tak tau mana yang betul, tapi kita tak sedar, kitab kita yang satu tu bila nak sentuh??

5. Kita kutuk Kristian sebab sembahyang sambil menyanyi, kutuk India sembahyang bawa kavadi, kutuk Cina sembahyang bakar lidi, TAPI KITA NI BILA NAK SUJUD MENYEMBAH ILAHI??



aqimussolah...

9 comments:

  1. setuju!

    hayya alassolaaaahhh~

    luruskan saafff dan rapat2


    *eyh terover pulee..*

    ReplyDelete
  2. dodu : haa.. jom2 jemaah suboh!!

    dell : tu dh macam kat asrama tuh..hahaha

    rev : ko bkn stakat iqamah, imam pon boleh.. aku yakin ngan ko..

    ReplyDelete
  3. kes gereja tu, kita tidak tahu siapa yang bakar hanif...

    media yang kaitkan dengan orang Islam yang bakar. Dunia hari ini yang kaitkan Islam= Terrorist...

    kita sebagai Umast Islam ada tanggungjawab untuk menegakkan Islam kembali...

    ayuh...

    ReplyDelete
  4. bagus hanif...cetusan idea yang bagus...
    mengajak org berfikir dan merenung jauh ke dalam diri masing-masing...kuat ke iman kita?

    Kita sendiri tahu bahawa dalam Islam, kita dilarang untuk merosakkan rumah-rumah ibadat, jadi sesiapapun yang merosakkan rumah ibadat tersebut, (kita ambil hipotesis media la ye...)kalau dia orang yang beriman dengan Allah dan yakin dengan ajaran agamanya, dia takkan membakar gereja tersebut...Jadi mereka itu sama sahaja dengan orang yang tidak beriman dengan Allah...

    Kesimpulannya, jangan kita memandang sepi agama kita, ingat dan cintalah Allah setiap masa...InsyaAllah Dia akan membalas cinta kita dengan kasih sayangnya...

    Kuatkanlah kekhusyukan kita dalam solat dan kepada orang lelaki, rajin2kanlah solat berjemaah...Dari subuh hingga Isyak...OK?

    Kukuhkan syahadah kita tiap hari, baca syahadah dengan penuh penghayatan...

    ReplyDelete
  5. nak jugak guna nama aku last skali..boleh saman nih..c u in court! lol!

    ReplyDelete
  6. kepada saudara hanif, FYI, beberapa suspek telahpun ditahan... tak silap saya hampi 20 orang juga.. salah seorang yang melempar bom molotov melecur di dadanya, dan hampir kesemua suspek mempunyai hubungan kekeluargaan..

    Tapi identiti masih belum didedahkan(walaupun aku dah tahu).. polis kata jangan kaitkan kes ini dengan sentimen kaum, agama atau apa saja.. siasatan masih dijalankan... hahahha..

    ReplyDelete